Isnin, 25 Mei 2009

Ratu Hatiku

Anak perlu beri keutamaan ketika hayat mahupun selepas mereka meninggal duniaPEPATAH syurga di bawah tapak kaki ibu sekali gus mengingatkan kita kepada betapa besar jasa ibu bapa dalam mendidik dan mematangkan kita menjadi manusia berguna, namun melihat kepada senario hari ini yang mana ramai warga tua dihantar oleh anak ke rumah penjagaan bagaikan menyatakan betapa jasa ibu bapa sudah dilupakan. Begitu mudah anak mengabaikan ibu bapa mereka, walaupun sejak kecil mereka ditatang bagaikan minyak yang penuh, tetapi apabila dewasa tidak dapat melakukan kebaikan untuk orang tua sendiri, apatah pula jika ibu bapa berkenaan sudah meninggal dunia.

“Terdapat dua jenis tanggungjawab yang boleh dilakukan anak terhadap ibu bapa mereka kerana jika mereka berbuat ehsan kepada ibu bapa, ia membawa kepada seribu keberkatan untuk si anak yang melakukannya.

“Tanggungjawab pertama ialah tanggungjawab yang boleh dilakukan ketika ibu bapa masih hidup, manakala yang kedua ialah perkara yang perlu dilakukan selepas mereka meninggal,”
Mengulas mengenai tanggungjawab anak kepada ibu bapa di atas dunia, mereka yang melakukannya akan mendapat ganjaran pahala yang amat besar dan bukan kepalang.

“Jika berbuat buat baik kepada ibu bapa, ganjaran yang Allah berikan ialah panjang umur dan murah rezeki. Anak yang sebegini diredhai Allah dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya.

“Selain itu, hidup mereka juga sentiasa dalam keberkatan dan peliharaan Allah serta dijauhkan daripada kesempitan hidup. Besar atau tidak ganjaran yang bakal diperoleh, ia mengatasi pahala berjihad fisabilillah,” katanya. Lebih besar daripada itu, anak yang tidak melupakan tanggungjawab kepada ibu bapa mendapat kemuliaan luar biasa dan Allah menjauhkan rasa dukacita serta kesedihan daripada hidupnya. Tidak sekadar tanggungjawab ketika hidup, apabila ibu bapa meninggal, tanggungjawab yang perlu dilakukan lebih berat iaitu menguruskan jenazah ibu bapa bersama keluarga terdekat.

“Anak sewajarnya menerima berita kematian ibu atau bapa dengan reda dan sabar di atas qada dan qadar serta ketentuan Allah dengan mengucap ‘Inna lillaahi wa inna ilaihiraajiuun’ dan tidak meratap kematian berkenaan.

“Selepas itu segeralah menguruskan jenazah dengan memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikan dengan sempurna. Lebih afdal kalau anak berupaya membaca sendiri talkin untuk orang tua mereka,” Tanggungjawab lain perlu dilakukan ialah menyelesaikan hutang piutang ibu bapa dan membahagikan harta peninggalan mengikut hukum faraid yang ditetapkan supaya tidak timbul sebarang perbalahan di kalangan mereka yang berhak menerimanya. Anak juga boleh mengqada puasa untuk ibu bapa mereka sekiranya ibadat tertangguh ketika hayatnya. Kalau berkemampuan, upah orang mengerjakan haji atau umrah bagi kedua-dua ibu bapa yang sudah meninggal itu. Menantu wajar hormati mentua. Tanggungjawab Menantu Terhadap Ibu Bapa Mentua, berkata ramai yang salah tanggap mengenai tanggungjawab terhadap mentua. Salah tanggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mentua sedangkan mereka juga wajar dihormati seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri.

“Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak berlaku walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mentua. Menantu lelaki terutama mempunyai tanggungjawab berat terhadap mentua berbeza dengan menantu perempuan.

“Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mentua, mereka mesti menghormati ibu mentua diikuti bapa mentua selepas Allah dan Rasul,” katanya. Beliau berkata, Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu, bapa dan juga mentua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki. “Mengabaikan seorang daripada mentua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mentua. Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri diabaikan oleh si suami. “Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentua beragama apa sekali pun, sama seperti tanggungjawab anak yang sudah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam,” katanya.

Tiada ulasan: